Total Pageviews

Thursday, February 2, 2012

FORM 2 ( mengira waktu tempatan)

Sebelum mengira soalan berdasarkan waktu tempatan, pelajar perlu mengetahui bahawa:
  • Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.
  • Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ).
  • Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
  • Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
Contoh Soalan

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:

  • Bombay ( 73°T )
  • Buenos Aires ( 58°B)

1. Waktu di Bombay ( 73°T )

Langkah-langkah

· Cari perbezaan garis longitud = 73°- 0° = 73°

· Cari perbezaan masa = 73 ÷15 = 4 jam 52 minit

· Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi

2. Waktu di Buenos Aires ( 58°B )

Langkah-langkah

· Cari perbezaan garis longitud = 58° - 0° = 58°

· Cari perbezaan masa = 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit

Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam



Friday, January 6, 2012

FORM 3 KEDUDUKAN(KETINGGIAN)

Sub Topik: Menentukan Ketinggian

  1. Terdapat 3 cara untuk mengenalpasti ketinggian di dalam peta topografi ataupun peta atlas.
  • warna
  • simbol
  • selang kontur

Garisan Timuran dan Garisan Utaraan

1. Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai garisan grid.

2. Garisan grid yang dilukis secara menegak disebut garisan timuran dan garisan grid yang dilukis secara mendatar disebut garisan utaraan.

3. Garisan timuran dinomborkan dari barat ke timur, seperti rajah di bawah:











4. Garisan utaraan dinomborkan dari selatan ke utara. Seperti rajah di bawah.



5. Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan grid(PG) atau rujukan grid (RG).

6. Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca panduan grid atau rujukan grid.


Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.

Panduan Grid Empat Angka dan Enam Angka

  1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukankedudukan sesuatu tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.

  1. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.

  1. Contoh:-

4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta topo.

5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.
1. Contoh:-



Tempat

PG 6 angka

A

218123

B

210120

Rumusan

Peta Konsep