Total Pageviews

Thursday, November 24, 2011

Sudah Lama Tidak Beraksi

Dalam dunia yang penuh berteknologi, telah lama aku menyepi dalam bidang website mahu pun dalam penulisan blog. Entah kenapa aku terasa ingin memulakan semula apa yang telah lama ku tinggalkan dunia teknologi ini. Seingat aku, sewaktu berumur 18 tahun baru aku mula mengenali apa itu (www) dan apa itu mirc.. Nasib baik di waktu itu aku sambung pelajaran aku ke politeknik dan mengambil dalam jurusan ICT pada tahun 2000. Tahun itu memang tidak penah aku lupakan kenangan bagaimana nak aku mulakan menjamah kekunci satu komponen yang bernama Keyboard. Maklum la aku nie anak orang sederhana bukannya terdiri keluarga yang berharta.
Ketika di politeknik, untuk memahirkan aku dalam proses mengenal ICT.. aku belajar bermain Mirc iaitu ruangan sembang yang di kenali ramai di ketika itu. Aku pun memulakan aksi senaman jari ku selama 2 jam sehari ketika aku berada di dalam semester 1 di politeknik. Sungguh mengasyikkan ketika kerana kita bersembang melalui komputer tanpa melihat muka serta mendengar suara tidak seperti laman sembang yang ada sekarang ini seperti yahoo mesengger ataupun skype. Semasa itu, ruangan akhbar menceritakan tentang golongan cinta Mirc yang telah berjaya ke jinjang pelamin.
Bagiku ruangan sembang nie boleh memberi manfaat ataupun di sebaliknya. Hanya orang menggunakannya yang tahu apa tujuan sebenar untuk menggunakan ruangan sembang ini. Sebelum glamournya ruangan sembang FACEBOOK, ada ruangan sembang MYSPACE, FRIENDSTER.. Ruangan ini memberikan user mempunyai laman site individu sendiri. Aku sempat mempunyai Laman FRIENDSTER bertujuan untuk orang lain mengenali diri ku secara lebih dekat lagi. HMMM... Apa-apa pun gunakan teknologi ICT untuk mendatangkan keuntungan bukan mendatangkan kerugian..